Kata pujanggaperempuan bagaikan angin
lembutnya melenakanributnya menggusarkan.
Adakalanya mereka seperti ibumenyaji kasih, menghidang sayangadakalanya mereka seperti anakingin dibelai, minta dimanjakanadakalanya mereka seperti nenekberleter seadanya, merungut semahuannya.
Namun,teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini.bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.
( i )
Psst....Tiba-tiba isteri merajukpandai-pandailah memujukbuka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranyateliti dengan hati yang tersenirasional atau emosi ?andainya emosi, belailah emosi itujangan cuba dihadapkan secara rasionalkerana sidia tak akan terdayamengunyah hujah,berilah walau seribu sebablengkap dengan perangkaan statistikatau dokumen saintifikberserta dengan beberapa affidavitdia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu.
Dalam situasi inifikiran telah ditawan perasaansebaiknya, perhaluskan kata, perindahkan bahasajinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.
Masih gagal ?cuba gunakan sentuhansemarakkan belaian.
Masih gagal juga ?Tunggu saja rajuknya redaemosi isteribagai riak-riak air dalam cawanjangan digoncang...... buat selambalambat laun, gelombang akan tenangair dicawan akan kita minum jua.
Tapi awas.....kalau ternyata, rajuknya berfaktamasamnya berdata, geramnya berilmiahmarahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanyaperlu ditangani berhati-hatikalau ternyata benar,apa salahnya kita terimamengaku lalu berjanji serta berikrar" Sayang abang tak ulang lagi "katakan " Sayang....abang alpa "bisikkan " Darling.. I lupa.."hulurkan tangan, pinta kemaafanpendekatan kasanova, tapi hati suci
Rajuk isteri seperti mangga mudaperisanya masamtetapi... kalau kena cicahnyaenaknya akan terasa.ingat, api yang panas, padam oleh salji yang dingin.
( ii )
Arghh...tiba-tiba isteri merungutmalah kadangkala agak mengugutminta aksesori serta perabutminta Villa yang tersergam indahatau mahligai di lereng bukitsedangkan kita bukan Shah Jehanyang mampu membina Taj Mahal buat isterinyatetapi isteri pula, persis Nur Jehanyang meminta petanda keagungan cintanya Katanya " Seabadi permata....segermelapan intan " ...sedangkan ditangan kitacuma cincin tembaga.
Aduh...peritnya mengukur cintadalam ukuran mayam atau menimbang setiamenerusi Bursa Saham papan utamakasih isteri, turun naikmengikut kadar tukaran wang asing.
Tiada guna menyesali diridiakan dulu pilihan kita ?semasa mekarnyadia dihargai, dipuja-pujidia kini sudah menjadi ibupada anak-anak kitasudah takdir...permata yang dipilihperlu digilap semula.
Namunputus asa jangan sekaliterimalah dia, dengan redha.justeru isteripada hakikatnyaadalah bayang-bayang suamiwanita adalah tulang rusuk yang bengkokluruskan dengan berhati-hati bertegas tapi janganberkeraslembut tapi jangan reput.
Katakan RM bukan segala-galanyalalu pada saat yang kudus setelah bersolat bersamabisikkanlah " Duhai isteriku...marilah kita bina perkahwinan inidengan cinta yang sejatimarilah kita kutip rezekidengan keringat tersucikita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanyapadamu isteri,istanamu, di hati inipadamu sayangkalung cintamu, di jiwa ini."
( iii )
Puuuh...Akan tiba masanya bila 'isteri' di hati tapi kurang di matausia meningkat kecantikan tergugatdulu yang kita lihat mulus kini beransur pupusbetis, tidak lagi bunting padipipi, bukan lagi pauh dilayangapakah dengan itu akan berkurang cinta kita ?jika berkurang, nyatalah cinta kitaselama ini cinta di mata bertapak di bodytapi jika cinta tetap kekal malah semakin bertambahertinya cinta kita di hati, berpasak di budi.itulah cinta sejati.
Namun tidak salah di samping menyanjung budi,kita merampingkan 'body'kalau ada kesempatanajaklah dia bersenam, amalkan puasa sunattapi ingat niat kerana Tuhanbukan kerana ingin kuruskan badantapi Tuhan Maha PenyayangDia pasti membantu isteri yang memburu keredhaan suamitak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dankecergasansama-samalah merampinkan badanyang terlebih dikurangkanjangan sesekali mencemuh apalagi menjauhapa gunanya membandingkan isteri dengan perawan.
Bukan masanya lagi merenung daratapi kini saat menghitung dosalalu ajaklah isteri sama-sama menambah baktimoga-moga cinta kita kekal ke hujung usiadi dunia ini dan di akhirat nantiitulah yang dikatakanhidup berdua, 'selepas' mati pun bersama.
( iv )
Uhhh....Kekadang isteri mengamukdengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami ?Apakah tandanya hanya aku di hatimu ?kekadang disergahnya kitaketika keringat masih membasahbaru menjengah pintu rumah.
Ketika itu nilailah dirimungkin kita berdosa dengan Tuhanatau bersalah dengan insanmungkin banyak kezaliman dan penganiayaanyang telah kita lakukan
Lalu datang teguran, amaran dan peringatansecara 'indirect' dari Tuhanhadapkanlah diri ke cermin hatikaji diri satu persatukalau liar, berhentilahkalau berdosa, bertaubatlah
Sebaliknya jika ternyata isteri yang melulunasihatkanlah baik-baikbukan senang nak senangingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua suami yang bersabar dengan isteri yang jahatakan mendapat pahala Nabi Ayubatau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattabketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :
" Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyakmembantu kita. Dia yang menyelamatkan kita daripadaamukan nafsu.Dia yang membantu menjaga makan minum kita.Dia yang mencuci kain baju kitaDia yang membantu membersihkan rumah kita...lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikitkerenahnya ? "
( v )
Marilah sama-sama kita tabur secubit salji padasegenggam api.Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisahperpisahan.Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan iniwalaupun sudah berdekad-dekad usianya.
Institusi ini adalah kubu terakhir kita.Marilah kita pertahankan bersama si dia.si diaku, si diamucinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,biar setia kita makin waja.Biarlah skrin-skrin internet atau inranet memaparkanyang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.
Bicara ini diakhiri dengan satu coretanyang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahiristeriatau kad ulang tahun perkahwinanatau surat biru yang ingin kau utuskan padanya...
Atau kau pahatkan saja di halaman hatimupada malam nanti :
Aku hanya seorang suamiyang menerima setulus hatiseorang isteri.Janji yang termeteraidi akad nikah kita musim yang lalu.Salam kuhulurbuat menyapa hatimu nan luhur.Bersamalah kita harungiderita yang datang.Bersatulah kita tempuhinikmat yang bertandang.Denai perkahwinanpasti dihujani air mata.Biar kita rasa: rupanya syurga itusangat tinggi maharnya.
Isteri...tidak kutagih setia, sesetia Hawa.Atau kerinduan menggila Lailayang sangat dalam.Terimalah kehadirankudi sudut tersuci di dalam hatimu.....seorang isteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment